Monday, November 5, 2012

Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata Ganti Nama Tunjuk terdiri daripada:
指示代词分成:

  • Ini - Untuk benda/orang/tempat yang berdekatan atau dapat disentuh
           这- 用在近距离或触摸的到的物品、人物、地方

  • Itu - Untuk benda/orang/tempat yang jauh atau tidak dapat disentuh
          那- 用在较远距离或触摸不到的物品、人物、地方

Sunday, August 12, 2012

Kata Bilangan

Kata Bilangan digunakan untuk menyatakan bilangan sesuatu:


  • Kata bilangan tentu - satu, dua, tiga, empat dan seterusnya 
  • Kata bilangan tidak tentu - Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah - setengah, semua, para 
  • Kata bilangan himpunan - Kedua- dua, ketiga-tiga, berpuluh - puluh, beratus - ratus, berbulan- bulan, berjuta-juta, berabad- abad
  • Kata bilangan pecahan - suku, setengah, separuh, tiga suku
  • Kata bilangan pisahan - setiap, tiap-tiap, masing-masing
  • Kata bilangan tingkat - pertama, kedua, ketiga
  • Kata bilangan tanya - berapa 



Friday, August 10, 2012

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat, keadaan, warna, bentuk, atau ukuran  atau konsep deria, jarak, waktu, perasaan.

Kata adjektif sering disertai oleh "amat", "sangat", "paling", "terlalu", sudah", "semakin"


Sifat atau keadaan: baik, bersih, jahat, muda
Warna: merah, kuning
Bentuk: bulan, segitiga
Ukuran: tinggi, gemuk
Konsep deria: masin, pedas
Jarak: dekat, jauh
Waktu: awal
Perasaan: sedih, gembira


Kata Kerja

Kata kerja terbahagi kepada dua, iaitu:

Kata Kerja Transitif (KKT) - memerlukan objek untuk menjadi ayat lengkap.
                                             - biasanya mempunyai imbuhan "me-".

Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) - tidak memerlukan objek kerana sudah lengkap.
                                                      - biasanya kata dasar atau mempunyai imbuhan "ber-", "ter-"?

Thursday, August 9, 2012

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kata Nama Am - Kumpulan Manusia, haiwan, tumbuhan, benda atau tempat yang ditulis dengan huruf kecil kecuali di awal ayat.
普通名词是表示一般性的人类、动物、植物、物品、地方的词语。普通名词以小字母书写除了用在句子的开头o

Contoh: cikgu, kucing, kasut, kedai

Kata Nama Khas - Kumpulan Manusia, haiwan, tumbuhan, agama, perayaan, hari, bulan, benda atau tempat yang ditulis dengan huruf besar di pangkal perkataan.
专有名词是表示人类、动物丶植物、宗教、宗教、节曰、星期、月份的专有词语。专有名词的第一字母都必须以大字母书写。

Contoh: Cikgu Tan, Si Comel, Nike, Jaya Jusco, Hari Raya Aidilfitri, Selasa, Januari.

Tuesday, August 7, 2012

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama diri terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
人称代词被分成三类,即:
1. Kata ganti nama diri pertama - merujuk diri sendiri
第一人称代词 ,指自己
  • saya - digunakan apabila bercakap dengan seorang yang baru kenal atau dalam suasana rasmi
  • aku - digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
  • patik - digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
  • hamba - digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
  • beta - digunakan oleh raja atau sultan apabile bertitah dengan rakyat
  • kami - digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
  • kita - digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua
2. Kata ganti nama diri kedua - merujuk pihak yang bercakap dengan kita
第二人称代词,指与我们交谈的对象

  • awak (1 orang)  - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungan dengan kita
  • kamu (>= 1 orang) - digunakan untuk  diri orang kedua yang rapat hubungan dengan kita
  • anda (1 orang) - digunakan untuk diri orang kedua yang tidak berhadapan dengan kita
  • engkau (1 orang) - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungan dengan kita dan dengan Tuhan.
  • kalian (> 1 orang) - digunakan untuk beberapa orang yang diajak cakap
  • tuanku(1 orang) - digunakan apabila bercakap dengan sultan atau raja

3. Kata ganti nama diri ketiga - merujuk pihak yang diperkatakan
第三称代词,指被叙述的对象

  • dia/ia (1 orang) - digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
  • mereka (> 1 orang) - digunakan untuk diri orang ketiga orang yang bilangannyan lebih dari seorang
  • -nya (1 orang) -digunakan untuk mengambarkan kepunyaan sesuatu
  • belian (1 orang) - digunakan untuk orang yang kita hormati, contohnya: ibu, bapa, cikgu, pemimpin
  • baginda (1 orang) - digunakan untuk raja dan sultan